Friday, January 23, 2009

CIRI-CIRI MUSLIMAH SOLEHAH


1. TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS

Muslimah solehah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. TIDAK MEMAKAI RANTAI BERLOCENG

Muslimah solehah memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. TIDAK MEMAKAI WANGIAN SEMERBAK

Muslimah solehah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Muslimah yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. TIDAK BIADAB DALAM BERKATA

Muslimah solehah memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. TIDAK BERKATA SIA-SIA

Muslimah solehah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. TIDAK MEMAKAI TUDUNG TIGA SEGI

Muslimah solehah memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. TIDAK MENGADA-NGADA

Muslimah solehah memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukmu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini. Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang oleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. TIDAK MENGHIAS DIRI BERLEBIHAN

Muslimah solehah memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. TIDAK MEMAKAI TUDUNG JARANG

Muslimah solehah tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jalah yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik.Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak berharga dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.


KEMULIAAN SEORANG WANITA BUKAN PADA RUPA TAPI SIFAT DAN KELEMBUTANNYA....................

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum W.B.T, saya Nasehah (bukan nama sebenar). Saya seorang anak angkat yang dipelihara dari kecil oleh ibu dan bapa angkat. Saya telah diberi kemewahan yang tidak terkata dan disebabkan ini saya telah menjadi rosak. Saya berpakaian seperti telanjang dan kehidupan saya penuh dengan dosa. Kerana salah pilih kawan, kehidupan saya tidak ubah seperti orang kafir. Penuh maksiat, penuh dosa, penuh masalah. MasyaAllah! Dan pada umur saya mencecah 15 tahun, bapa saya telah memasukkan saya ke asrama. Alhamdullilah, perangai buruk saya telah berkurangan. Saya pun tidak berkawan dengan kawan lama itu dan sentiasa doakan dia kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Disebabkan perangai saya yang teruk, saya tidak mempunyai kawan di asrama dan keseorangan. Tetapi saya tetap tabah menghadapi dugaan yang Allah S.W.T telah beri kepada saya. Alhamdullilah, saya telah dikurniakan 2 orang kawan yang sanggup mengubahkan saya dan ikhlas berkawan dengan saya. Pada akhir tahun, saya dan keluarga balik ke kampung untuk bercuti. Dan ketika itu saya terdedah dengan Islam. Saya rasa menyesal kerana berperwatakan seperti orang jahilliah pada masa silam. Pada awal tahun 2012, saya kembali seperti biasa, berpakaian singkat, tidak menutup aurat dan saya sering bertengkar dengan ibu bapa kerana saya tidak mendapat sokongan dari sesiapa pun untuk berubah. Saya telah salah memilih kawan, dan kehidupan saya kembali seperti dulu. Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa menyesalnya saya/ Dan pada pertengahan tahun, saya telah temui 11 orang kawan yang baik, selalu mengambil berat tentang saya. Kami bukan geng tetapi sahabat baik. Alhamdullilah saya semakin kembali ke jalan Allah dan telah berjanji kepada mereka tidak akan pernah berubah seperti dulu. Saya bersyukur kerana mereka hadir dalam kehidupan saya yang serba kekurangan. Dan pada 20 September 2012, seorang pelajar hostel kena hysteria. Saya ni seorang yang lemah semangat dan pernah kena hysteria beberapa kali masa form 2. Dan terus menjerit seperti kena rasuk. MasyaAllah, seramnya Allah sahaja yang tahu. Sedar-sedar sahaja ramai orang berkerumun. Saya tidak kenal siapa mereka dan cikgu-cikgu cakap bapa saya dalam perjalanan untuk mengambil saya bawa balik ke rumah untuk rehat. Apabila sudah tiba dirumah, saya tidak ingat apa-apa dan diam seribu bahasa. Mama bawa saya ke dalam bilik dan suruh saya tidur. Keesokkan harinya, papa bawa saya pergi berubat di dot dot dot oleh seorang ustaz. Alhamdullilah , saya sudah pulih seperti biasa , saya sudah pulih seperti biasa Cuma Allah S.W.T tarik sedikit nikmat saya iaitu tidak ingat apa-apa. YaAllah, Dia sahaja yang tahu betapa sakitnya hati saya diperli dicaci dan dihina oleh rakan-rakan yang pernah rapat dengan saya. Akak-akan form 5 memerli saya di sekolah. Akak angkat saya sendiri memerli saya ‘ Pelakon Terbaik ‘ di status facebook. Tidakkan anda semua sedar bahawa anda akan menduduki SPM akhir tahun nanti? Saya telah memaafkan mereka dengan ikhlas. Saya berasa sungguh malu kerana disebabkan satu status ini, ramai kawan-kawan saya menghina saya. Nangis-nangis call mama, cerita apa yang berlaku. Mama suruh sabar, dan ini semua dugaan. Kena sabar menghadapi dugaan ini. Alhamdullilah sedih saya semakin berkurangan tetapi tetap malu untuk balik asrama dan bersekolah pada hari Isnin. YaAllah, engkau kuatkanlah hambamu ini. Kepada akak-akak form 5, saya bukan ingin memalukan anda semua dengan menulis coretan ini tetapi ingin meluahkan perasaan saya, perasaan seorang anak angkat. Terpulanglah kepada pembaca ingin percaya mahupun tidak, tetapi kisah ini benar dan ingin dikongsikan bersama anda. Sekian sahaja dari saya. Assalamualaikum WBT.

    ReplyDelete